


Kemunculan netbook dan notebook mini dipasaran amat cepat berkembang lebih-lebih lagi ramai yg menunggu kemajuan terbarunya dipasaran
Sajujurnya saya katakan disini bahawa org-org yg terawal membeli produk baru lebih berani dari org yg suka tunggu dan lihat. Tetapi pembeli yg suke tunggu dan lihat nie bukan laa takut tp sebaliknya mereka lebih sabar asalkan dapat memiliki produk yg benar2 bermutu almaklum laa lambakan produk2 nie ada yg x berapa bagus sebenarnya so anda kene laa lebih berhati2 utk memilih netbook.
Bagi yg menyimpan hasrat utk memiliki nya sudah semestilah sudah mencongak beberapa faktor yg patut di ambil kira seperti tujuan penggunaan, mutu skrin, saiz kekunci, ketahanan bateri, sistem operasi (OS), kecapaian wireless, jenis / jumlah port, aksesori, reka bentuk dan harga yg diperuntukan
Namun masih ada yg sehingga kini masih x tercapai hasrat utk memiliki netbook kerana ciri2 idamannya masih belum ada dipasaran.Apaah ciri2 yg dinantikan?.Kalau anda nak tahu kemudahan 3G dan Wimex laa yg dinanti2 kan oleh kebanyakan org.Berdasarkan fakta ada yg melabelkan golongan ini adalah peminat tegar internet dan penggemar aktiviti sosial menerusi facebook, myspace, friendster, tagged, youtube dan macam2 lagi aa. Boleh jadi juga mereka yg ingin terus menggunakan e-mail, berbual(chat) atau membina blog ketika bergerak.
Tidak kira samaada pelajar, remaja, pekerja atau warga emas zaman sekarang sudah mengetahui mengenai komputer dan internet malah laporan media pernah mengatakan kepelbagaian aplikasi internit menjadi daya penarik org di serata dunia ingin menggunakan komputer..Bayangkan kalau komputer tiada capaian internet?..hemmm saya x dapat bayangkan kalo dunia nie x wujudnya internet....Woooo bosan aa hidup ku hari2 hohohoho
CAPAIAN 3G PELENGKAP NETBOOK TERKINI
Bagaimanapun, kemampuan netbook boleh dikatakan masih diperingkat rendah dr notebook biasa tapi lebih hebat dr pembantu peribadi digital (PDA) atau telephone pintar. Kelebihan ini boleh dinilai melalui pemprosesan (CPU) yg boleh mengoperasikan sistem operasi (OS) windows atau linux. Manakalo ciri tamabahan nya mirip seperti notebook biasa seperti memori (RAM), pemacu keras, wireless (Wifi, bluetooth) & port USB.
Bukan itu sahaja, daya tarikan netbook juga terletak pada sifat mobilitinya. Dimensinya yg kecil & ringan memudahkan utk dibawa kemana2 sahaja. Jika sebelum ini peminat internet lebih tertumpu pada PC/notebook di pejabat, rumah & kefe siber shj namun kini mereka boleh mencapai internet di lokasi yg dilengkapi kemudahan wifi. Malah, notebook juga menyokong kemudahan 3G menerusi modem luarannya yg perlu dicucuk pada port USB contoh seperti broadband celcom, maxis dan digi.
Ketika ini beberapa pengeluarnetbook seperti HP, ASUS dan ACER diwar2kan akan muncul dgn netbook berkuasa 3G. Selain 3Gada juga pengeluar yg merancang utk menambahkan kemudahan wimex. P misalnya dijangkakan muncul dgn netbook berkuasa 3G menerusi model HP Mini 2150. Model ini dianggap susulan kepada model HP mini 2140 yg sudah berada dipasaran. Jika kelahirannya menjadi kenyataan pd pertengahan tahun ini mungkin sudah ada yg merancang utk menjadi pembeli terawal.
Selalin kemudahan wayarles pembuat netbook juga mengupgarade kemudahan lain antaranya seperti anda boleh menambah atau menukar RAM dari 1GB ke 2GB, manakala pemacu kerasnya sudah mececah 160GB. Sesetengah model pula dilengkapi pemacu solid state drive (SSD) sprti dell inspiron mini 9. Kemajuan ini selaras dgn keperluan semasa pengguna. Maknanya kemunculan beraneka netbook dipasaran cuba memenuhi kehendak pembelinya. Misalnya netbook boleh diguna utk menyiapkan kerja dan mengekses internet.
KESESUAIAN AKTIVITI DENGAN SPESIFIKASI
Hakikatnya pengguna netbook bukan sahaja utk menaip atau melayari internet sahaja malah mungkin terdorong utk mendengar muzik, menonton video, menyuntig foto dan memasang pelbagai perisian. Menerusi kepelbagaian aktiviti ini dapatlah mereka menilai setakat mana kemudahan netbook yg dimiliki. Jika ada peluang dan wang, mereka boleh menaik taraf spesifikasi yg sedia ada seperti menambah kapisiti pemacu keras dan RAM.
Bukan itu sahaja, saiz skrin dan kekuncinya juga boleh mempengaruhi keselesaan menggunakan peranti ini. Sprtiyg dimaklum saiz skrin boleh mempengaruhi beratnya sekaligus menyumbang kepada faktor lain seperti berat beteri dan bahan yg digunakan. Pada sesetengah netbook, saiz dan mutu skrinnya boleh mempengaruhi ketajaman teks / imej. Selain skrin, kesesuaian kekunci dgn jari jemari pengguna juga patut difikirkan. 2 faktor ini boleh dinilai jika pembeli mencuba sendiri model sasaran di kedai netbook.
Sesetengah kekurangan netbook boleh diatasi dengan bantuan aksesori.Bateri asalnya mungkin hnya bertahan selama 3 jam kerana dilengkapi 4 sel. Jd pengguna mungkin memerlukan bateri tambahan yg memiliki 6 sel.Manakala ketidaan pemacu optikal boleh diatasi melalui penggunaan pemacu jenis luaran. Kurangnya port USB mungkin menjadi isu, jika anda kerap menggunakan tetikus, thumdrive, cakera keras luaran atau modem 3G. Namun masaalah ini boleh ditanggani jika anda membeli hab (hub) USB yg sesuai.
Apa yg disebutkan td banyak menyentuh isu perkakas sesebuah netbook.Fokus keterlaluan terhadap perkakas boleh menyebabkan aspek perisiannya terlepas pandang. Contohnya, pemilihan OS yg paling seuai dgn keperluan anda. Cuba fikirkan dgn teliti adakah rogram Linux, Windows XP Home atau Professional yg paling menepati keperluan anda?. Atau anda cepat mengubah fikiran jika netbook terbaru di pasaran sudah serasi Vista?.Anda juga patut tahu bahawa harga OS sering mempengaruhi harga netbook.
ASPEK KESELAMATAN DAN PILIHAN TERBAIK
Seperkara lagi yg sering terlepas pandang ialah isu keselamatan. Pernahkah anda terfikir, apabila netbook semakin meluas digunakan, impak sampingannya pasti ada. Contohnya ancaman siber (seperti virus, cecacing, spyware, trojan atau konco-konconya) adalah ancaman yg nyata. Cecacing (worm) nakal seperti confiker pernah mencemaskan dunia apabila menyerang jutaan komputer Bukankah netbook juga sebuah komputer yg memiliki kemudahan internet?.
Mahu atau tidak mahu pemilik notebook harus memilih jenis perisian yg mahu digunakan.Jika bajet menjadi penghalang nya mereka boleh memilih produk lebih murah atau percuma.Ini meliputi OS, aplikasi pejabat & perisian keselamatan.Umpamanaya memilih linux berbanding windows atau OpenOffice.org sebagai gantian Microsoft office. Jika mereka x berduit utk membeli antivirus komersial, pilih sahaja versi percumanya seperti avira, avast atau AVG.Setidak2nya netbook mereka memiliki perlindungan.
Penantian yg agak lama mungkin menguntungkan sesetengah penguna yg sabar.Ini boleh dibuktikan pengguna model awal sesetengah netook sudah turun harganya.Malah model tertentu mengalami penurunan harga yg ketara.Contohnya, HP Mini-Note 2133 yg dilengkapi CPU VIA C7-M. Selain spesifikasinya, kelahiran model baru boleh menekankan model terawal.Majoriti pengguna mungkin boleh memilih model terbaru kecuali mereka ada alasan tertentu.Apapun harga kebanyakan netbook masih di bawah RM2,000 sebuah.
Beberapa keunikan yg dinyatakan tadi belum tentu akan mengiurkan semua org yg melihat netbook. Bagi sesetengah pengguna saiz lebih kecil atau harga murah bukan menjadi keutamaan.Bagi mereka biar mahal sedikit asalkan menepati ciri2 yg diingini. Jadi x mustahil jika mereka memilih gantian netbook yg digelar 'notebook nipis & ringan'. Alternatif ini sudah pun muncul apabila HP melancarkan model HP Pavilion dv2 yg dilengkapi CPU MD Athlon Neo.Apapun pilihan terbaik ditangan anda..Ini hanya sekadar rujukan dan pengetahuan...